SK SINARAN BUDI

Posted by jqafsinaranbudi On 9:47 AM
Alamat Sekolah
SK Sinaran Budi
Jalan Kuala Garing
48000 Rawang
Selangor Darul Ehsan
Sejarah Ringkas SK Sinaran Budi
SK Sinaran Budi sekarang adalah berasal daripada Government English School, Rawang. Ditubuhkan pada 3 Januari 1958. Pada awalnya sekolah ini hanya mempunyai 9 bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar dan sebuah kedai buku. Bilangan guru adalah 11 orang sementara bilangan murid hanya 316 orang. Sekolah ini dirasmikan oleh Abdul Karim Bin Aneh, Pegawai Daerah Hulu Selangor pada 11 Julai 1958. Pada tahun 1962, 8 buah bilik darjah telah ditambah dan telah dirasmikan oleh YAB Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Abu Bakar Bin Baginda pada 14 jun 1963. Kemudian, pada tahun 1999, sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah dibina untuk menampung pertambahan jumlah murid. Sepuluh tahun selepas itu iaitu pada 2009, sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah dibina untuk menampung jumlah murid yang terus bertambah. Kini SK Sinaran Budi terus gah berdiri meski usianya menjangkau lebih 50 tahun.
Tentang Lencana Sekolah

OBOR - Melambangkan guru yang diumpamakan cahaya yang sentiasa menyampaikan ilmu agar murid- murid menjadi warga yang berguna di masa hadapan.
BUKU - Melambangkan gedung ilmu pengetahuan yang perlu ditimba secara berterusan.
WARNA HIJAU - Melambangkan ketenangan, iaitu sekolah tempat yang sesuai menuntut ilmu.
WARNA KUNING - Melambangkan perpaduan antara murid dan guru.
Misi Sekolah?
1. Pengurusan sekolah yang berkualiti dan cemerlang
2. Melahirkan insan cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum
3. Memupuk sahsiah dan semangat jatidiri
4. Mewujudkan warga sekolah yang mantap dan berintergriti
Visi Sekolah
SEKOLAH BERKUALITI DAN CEMERLANG MENJELANG 2010
Slogan Sekolah
Baik
Semakin Baik
Terbaik
Pentadbir Sekolah 2010
GURU BESAR - PN HJH SHARIFAH BINTI SHARIF

GPK 1              - PN HJH RAMLAH BINTI MD RASUL

GPK HEM       - PN SITI ROHANA BINTI SAABIN

GPK KO          - EN YAHYA BIN MOHD TAHIR

GPK PETANG - PN HJH ZAWIYAH BINTI AJIS
PIBG
Akan diupdate secepat mungkin


0 Response to 'SK SINARAN BUDI'

Post a Comment