Mesyuarat Agung PIBG ke-36

Posted by jqafsinaranbudi On 6:16 AM
         Mesyurat Agung Tahunan ke-36 PIBG SK Sinaran Budi
                           Tarikh : 23 Januari 2008
                           Hari     : Sabtu
                           Masa   : 8:30 pagi
                           Tempat: Dewan SK Sinaran Budi

Pada hari ini, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG ke-36 bagi SK Sinaran Budi. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi itu disempurnakan dengan Perasmian penutupan oleh Encik Mohd Saufi Bin Shafie; Presiden Majlis Pemuafakatan PIBG Zon Rawang. 


Masyuarat dimulakan dengan ucapan Yang diPertua PIBG- Tn Hj Adnan bin Ahmad yang seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG ke-36 ini. Antara Agenda mesyuarat pada kali ini adalah membentang dan mengesahkan minit mesyuarat, perkara-perkara berbangkit, membentang dan mengesahkan aktiviti tahunan dan membentang serta mengesahkan penyatan kewangan 2010.

Selain itu, mesyuarat turut menyebut usul-usul bagi tahun 2010 dan membincangkan hal-hal lain yangberkaitan dengan SK Sinaran Budi sebelum Pembubaran AJK sesi 2009/2010 seterusnya melantik Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru bagi sesi 2010/2011.

Setelah Mesyuarat Agung selesai, majlis diteruskan degan Majlis Konvokesyen Murid Cemerlang UPSR 2009 sebelum bersurai pada jam 1.30 ptg. Kami di j-qafsinaranbudi mengucapkan seklaung penghargaan kepada AJK PIBG 2009/2010 dan tahniah serta selamat menjalankan tugas kepada AJK PIBG 2010/2011. Berikut dipaparkan sebahagian dari gambar pada hari mesyuarat.

PhotobucketPhotobucketPhotobucket
 PhotobucketPhotobucketPhotobucket

0 Response to 'Mesyuarat Agung PIBG ke-36'

Post a Comment