SK SINARAN BUDI

Posted by jqafsinaranbudi On 9:47 AM 0 comments
Alamat Sekolah
SK Sinaran Budi
Jalan Kuala Garing
48000 Rawang
Selangor Darul Ehsan
Sejarah Ringkas SK Sinaran Budi
SK Sinaran Budi sekarang adalah berasal daripada Government English School, Rawang. Ditubuhkan pada 3 Januari 1958. Pada awalnya sekolah ini hanya mempunyai 9 bilik darjah, sebuah bilik Guru Besar dan sebuah kedai buku. Bilangan guru adalah 11 orang sementara bilangan murid hanya 316 orang. Sekolah ini dirasmikan oleh Abdul Karim Bin Aneh, Pegawai Daerah Hulu Selangor pada 11 Julai 1958. Pada tahun 1962, 8 buah bilik darjah telah ditambah dan telah dirasmikan oleh YAB Bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Abu Bakar Bin Baginda pada 14 jun 1963. Kemudian, pada tahun 1999, sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah dibina untuk menampung pertambahan jumlah murid. Sepuluh tahun selepas itu iaitu pada 2009, sebuah lagi bangunan 4 tingkat telah dibina untuk menampung jumlah murid yang terus bertambah. Kini SK Sinaran Budi terus gah berdiri meski usianya menjangkau lebih 50 tahun.
Tentang Lencana Sekolah

OBOR - Melambangkan guru yang diumpamakan cahaya yang sentiasa menyampaikan ilmu agar murid- murid menjadi warga yang berguna di masa hadapan.
BUKU - Melambangkan gedung ilmu pengetahuan yang perlu ditimba secara berterusan.
WARNA HIJAU - Melambangkan ketenangan, iaitu sekolah tempat yang sesuai menuntut ilmu.
WARNA KUNING - Melambangkan perpaduan antara murid dan guru.
Misi Sekolah?
1. Pengurusan sekolah yang berkualiti dan cemerlang
2. Melahirkan insan cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum
3. Memupuk sahsiah dan semangat jatidiri
4. Mewujudkan warga sekolah yang mantap dan berintergriti
Visi Sekolah
SEKOLAH BERKUALITI DAN CEMERLANG MENJELANG 2010
Slogan Sekolah
Baik
Semakin Baik
Terbaik
Pentadbir Sekolah 2010
GURU BESAR - PN HJH SHARIFAH BINTI SHARIF

GPK 1              - PN HJH RAMLAH BINTI MD RASUL

GPK HEM       - PN SITI ROHANA BINTI SAABIN

GPK KO          - EN YAHYA BIN MOHD TAHIR

GPK PETANG - PN HJH ZAWIYAH BINTI AJIS
PIBG
Akan diupdate secepat mungkin



Mesyuarat Agung PIBG ke-36

Posted by jqafsinaranbudi On 6:16 AM 0 comments
         Mesyurat Agung Tahunan ke-36 PIBG SK Sinaran Budi
                           Tarikh : 23 Januari 2008
                           Hari     : Sabtu
                           Masa   : 8:30 pagi
                           Tempat: Dewan SK Sinaran Budi

Pada hari ini, telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG ke-36 bagi SK Sinaran Budi. Mesyuarat yang bermula pada jam 9.00 pagi itu disempurnakan dengan Perasmian penutupan oleh Encik Mohd Saufi Bin Shafie; Presiden Majlis Pemuafakatan PIBG Zon Rawang. 


Masyuarat dimulakan dengan ucapan Yang diPertua PIBG- Tn Hj Adnan bin Ahmad yang seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Agung PIBG ke-36 ini. Antara Agenda mesyuarat pada kali ini adalah membentang dan mengesahkan minit mesyuarat, perkara-perkara berbangkit, membentang dan mengesahkan aktiviti tahunan dan membentang serta mengesahkan penyatan kewangan 2010.

Selain itu, mesyuarat turut menyebut usul-usul bagi tahun 2010 dan membincangkan hal-hal lain yangberkaitan dengan SK Sinaran Budi sebelum Pembubaran AJK sesi 2009/2010 seterusnya melantik Ahli Jawatankuasa PIBG yang baru bagi sesi 2010/2011.

Setelah Mesyuarat Agung selesai, majlis diteruskan degan Majlis Konvokesyen Murid Cemerlang UPSR 2009 sebelum bersurai pada jam 1.30 ptg. Kami di j-qafsinaranbudi mengucapkan seklaung penghargaan kepada AJK PIBG 2009/2010 dan tahniah serta selamat menjalankan tugas kepada AJK PIBG 2010/2011. Berikut dipaparkan sebahagian dari gambar pada hari mesyuarat.

PhotobucketPhotobucketPhotobucket
 PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Selamat Bertemuduga Guru j-Qaf Ambilan 2008

Posted by jqafsinaranbudi On 5:25 PM 0 comments
Hari ini bermulalah sesi temuduga untuk guru-guru j-QAF ambilan Januari 2008. Untuk warga j-qafsinaranbudi Semoga tenang menjawab semua soalan yang diaju panel seterusnya berjaya dan dilantik sebagai warga tetap pendidik di Malaysia. Anda boleh menyemak tarikh temuduga anda atau status temuduga anda di laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

BBM 3 : Mengenal Huruf Jawi SIN dan LAM

Posted by jqafsinaranbudi On 9:01 AM 0 comments
Mengenal Huruf Jawi SIN dan LAM

BBM 2 :Mengenal Huruf Jawi NUN dan NYA

Posted by jqafsinaranbudi On 8:07 AM 0 comments
Mengenal Huruf Jawi NUN dan NYA


Sila klik pada Mengenal Huruf Jawi NUN dan NYA  untuk muat turun atau pada label BBM j-QAF untuk muat turun BBM yang lain.

BBM 1: Mengenal Huruf Jawi PA dan NGA

Posted by jqafsinaranbudi On 6:28 AM 2 comments
BBM Pemulihan Jawi

Anda boleh muat turun Power Point ini dengan Klik pada BBM Pemulihan Jawi atau skrol pada Label BBM j-QAF untuk pilihan BBM yang lain.

Pemulihan Jawi

Posted by jqafsinaranbudi On 6:02 AM 0 comments
LAMAN SESAWANG INI MASIH DALAM PEMBIKINAN DAN AKAN KEMBALI SEDIKIT MASA NANTI. TERIMA KASIH.